Penjara

Allah Maha Benar..Dia lah Yang Haq..

Dialah pencipta dan pemberi kebahagiaan dalam hidup seseorang..

Seseorang yang melakukan maksiat atau perbuatan lagha hanya di kurniakan kegembiraan yang sebentar sahaja..

setelah ALLAH hilangkan kegembiraan itu, bersiap sedia lah menerima kesengsaraan yang merana dunia akhirat jika tidak bertaubat dgn taubat nasuha..

itu janji ALLAH..

Namun bagi yang sedar, yang insaf, yang mahu kembali kepada NYA..

jalan untuk kembali tidak pernah dihalang..pintu taubat terbuka seluas langit dan bumi..

ALLAH bahkan sangat-sangat gembira dan sentiasa sudi menerima taubat hamba-hamba NYA..

kerana DIA terlalu sayangkan mereka..

pedulikan dosa sebesar mana, asal kn di hati punya harapan pada NYA, DIA pasti menerima..

sentiasa bersedia menerima kembalinya hamba itu pada NYA..

Mereka akan terpenjara dalam kasih NYA, daripada melakukan perbuatan dosa dahulu..

sebagaimana Yusuf AS yang terpenjara daripada nafsu serakah Zulaikha..

Penjara itu adalah penjara ketenangan, penjara kesabaran, penjara kasih Tuhan kepada hamba NYA, penjara yang membawa kepada kejayaan dunia akhirat yang abadi..

Bagi semua anak muda, pilih lah untuk penjarakan diri daripada maksiat dan dosa..sebagai mana Yusuf AS pernah memilih dahulu..demi kebahagiaan yang selama-lamanya..

0 comments: