ada apa dengan poligami
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)
ALLAH swt amat sayangkan hamba-hamba NYA.Bila hamba NYA dilihat agak tersasar dari landasan, ALLAH akan tegur secara berhikmah supaya hamba NYA itu sedar akan kesilapan yang dilakukan dan kembali bertaubat kepada ALLAH.
Bagi seorang perempuan, antara ujian paling berat yang ALLAH turunkan kepada NYA adalah kasih sayang terhadap suami.ALLAH swt ingin menguji adalah seorang perempuan itu menyayangi suami nya sekadar syg seorang khalifah yg patuh kepada perintah ALLAH utk syg dan taat pada suami, atau syg nya itu sudah melebihi cinta nya kepada ALLAH dan Rasul.
Hati manusia ni memang sangat unik, mudah berbolak balik, sebab itu syaitan sendiri akui yang hanya orang-orang yang ikhlas beriman dan beribadat kepada ALLAH yg tak dapat dia tawan.Pada mulanya mungkin seorang wanita itu masih boleh mengawal perasaan terhadap suami.Niat utk berkahwin adalah kerana ALLAH, cinta terhadap suami juga kerana ALLAH, seluruh tanggungjawab juga dilaksanakan kerana ALLAH..
Tetapi sebagaimana dalam firman ALLAH dalam surah al-ankabut ayat 2, ALLAH akan menguji hamba NYA, adakah hamba NYA benar-benar ikhlas berkahwin kerana ALLAH..ALLAH menguji dengan memberi kan perasaan cinta dan kasih yang amat sangat terhadap suami.ALLAH ingin melihat bagaimana seorang khalifah mengurus amanah berat ini, adakah akan hanyut dalam cinta kepada suami, atau tetapkan hati bahawa cinta ALLAH lebih dari segalanya dan cinta kepada suami itu hanya sandaran utk mendapat cinta ALLAH.
bagi seorang khalifah yang mempunyai byk kelemahan,tanpa dia sedar, dia telah hanyut dengan cinta yang mendalam kepada suami.sampai lah satu ketika ALLAH akan menegurnya tentang kesalahannya itu.
ALLAH menegur menerusi permintaan suami nya untuk berkahwin lagi.khalifah ini terlupa akan tanggungjawab dan kasih nya kepada ALLAH.Dengan cepat dia melenting dan merasakan kepedihan yang amat sangat di hati.bagi diri nya, suami nya adalah seorang yang mementingkan diri.hanya satu perkara terlintas di fikiran ketika ini 'cerai'.
Jelaslah kini keikhlasan niat awal nya utk berkahwin kerana ALLAH telah bertukar perlahan-lahan menjadi mengikut nafsu semata-mata.Dia terlupa tentang keikhlasan mencintai kerana ALLAH..
Namun ALLAH Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Menerima Taubat..Apabila terjadi perkara sebegini, serah kan hati kepada ALLAH..ALLAH akan memujuk dan memberitahu yang semua ini adalah ujian semata-mata.
ALLAH ingin menguji adakah kita ikhlas mencintai suami kerana ALLAH..sekiranya kita gagal melepasi ujian ini, bertaubat lah, mohon keampunan, fahami lah yang
1. ALLAH sedang mengajar erti ikhlas mencintai suami.
2. ALLAH ingin menegur jgn mencintai suami melebihi cinta kepada ALLAH.
Seorang perempuan yang ikhlas mencintai suami nya kerana ALLAH tidak akan mudah melenting apabila suami nya meminta izin utk berkahwin lagi..kerana dia sedar, dia adalah seorang khalifah di muka bumi ALLAH, cepat marah dan melenting bukan lah sifat seorang khalifah.Walaupun hati terluka tapi dengan yakin dia memujuk hati utk mengadu kepada ALLAH.Suami nya adalah milik ALLAH, bukan milik dirinya..Suaminya hanya pinjaman dari ALLAH untuknya sebagai khalifah menjalankan tugas..
Mengadulah pada ALLAH apa seharusnya seorang khalifah yang diredhai harus lakukan ketika suami memohon izin untuk berkahwin lagi.MOhon lah petunjuk apakah yang terbaik yang medatangkan keredhaan dan kasih syg ALLAH kepada mereka.
Berdoalah seandainya suami nya mampu meningkatkan iman dan taqwa kepada ALLAH dengan berkahwin dua,semoga ALLAH mempermudah kan segala urusan dan memberi kebahagian yang melimpah ruah..sebaliknya jika suami nya semakin jauh dari ALLAH setelah berkahwin lagi, maka semoga ALLAH gagal kn perancangan suami nya.
ALLAH telah memberi jaminan bahawa tidak ada rasa takut dan sedih hati bagi orang yang bertaqwa kepada ALLAH.
ALLAH juga akan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka buat mereka yang bertaqwa.
ingat lah teguran ALLAH yg suamimu bukan milikmu,dia adalah hak mutlak ALLAH.sayangi dia seadanya,jangan melampaui cintamu kepada ALLAH.igtlah ALLAH akan terus menguji keikhlasan mu dalam setiap perkara.memandangkan ikhlas itu amat sukar, berdoalah selalu kepada NYA memohon pertolongan untuk ikhlas.Hanya DIA yg berkuasa keatas segala-galanya.
Posted in: on Saturday, September 5, 2009 at at 6:35 PM