kembalikan hati kepada Allah
AL-Imran ayat 133 - 135
Maha suci ALLAH yang menciptakan kita tidak sia-sia, melainkan ada hikmah disebaliknya.Allah Maha Sempurna, tidak sama sekali ALLAH melakukan kesilapan ketika dia mencipta kita.dunia ini sempurna dengan terciptanya kita.
Fitrah seorang manusia, tidak akan dapat bahagia tanpa mentaati dan menyintai Tuhannya..walaupun dia merupakan orang yang memiliki segala-galanya di dunia ini, suatu hari nanti akan tiba masa, dimana dia akan merasa kekosongan yang amat sangat di hati..
walaupun mempunyai isteri/suami yang penyayang,anak-anak yang comel,kerjaya yang hebat, pangkat dan pengaruh,rumah besar,kereta mewah, tapi ini semua tidak dapat memberi kebahagiaan dan ketenangan hakiki.hati nya akan terasa seperti ada sesuatu yang tidak sempurna..itu lah fitrah yang terjadi kepada hamba yang melupakan Tuhan..
oleh disebabkan itu, Rasullullah saw berpesan bersungguh-sungguh kpd kita untuk sentiasa berpegang kepada AL-Quran dan Sunnah..setiap hari kita perlu mentadabbur AL-Quran, membaca hadith-hadith Nabi..seterusnya mengamalkan apa yang diperintah seperti mana yang terkandung dalam AL-QURAN dan Sunnah..
tanpa Tuhan di hati manusia tidak akan bahagia..ALLAH tidak memerlukan manusia..tetapi manusia yang memerlukan ALLAH..Manusia yg lari dari landasan ajaran Islam adalah manusia yang akan menderita penyakit hati dunia akhirat..
Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang.Dengan rahmat belas kasihan NYA,DIA sentiasa membuka jalan bagi membantu hamba NYA yang tersasar untuk kembali ke landasan yang benar..
ALLAH telah berfirman dalam surah Al- 'Imran ayat 133, ' dan bersegelah kamu mencari ampunan Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi yang di sediakan bagi orang-orang yang bertqwa'..
dalam ayat ini ALLAH telah memerintahkan kita untuk bersegera memohon keampunan NYA diatas segala dosa-dosa yang kita lakukan.jangan bertangguh-tangguh.lakukan segera,sekarang juga..seterusnya ALLAH menyuruh kita untuk menjadi orang yang bertaqwa.kerana ALLAH swt telah menyediakan syurga yang seluas langit dan bumi kepada orang yang bertaqwa.
orang-orang bertaqwa ? bagaimana untuk menjadi orang yang bertaqwa? apakah ciri-ciri orang bertaqwa ?
ALLAH selanjutnya menjelaskan kepada kita dalam ayat 134 tentang ciri-ciri orang bertaqwa ' (iaitu) orang yang berinfak baik diwaktu senang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain.Dan ALLAH mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.
daripada ayat ini di ceritakan kepada kita bahawa orang yang bertaqwa adalah orang yang
1.bersedekah diwaktu senang atau susah.sekiranya dia mempunyai wang yang banyak, sedekahnya juga dalam amaun yang besar.jika wang nya sedikit, dia bersedekah dalam amaun yang kecil.
2.orang menahan amarah nya.Sabda Nabi s.a.w orang yang paling kuat adalah orang yang berjaya menahan amarah nya.kemuliaan seseorang itu akan meningkat jika dia berjaya menahan diri dari marah.sebaliknya seseorang yang mulia boleh menjadi hina ketika menurutkan nafsu amarah nya.
3.hendaklah bersikap memaafkan kesalahan orang lain.orang bertaqwa tidak berdendam.
4.berbuat kebaikan.orang bertaqwa adalah orang yang sentiasa berbuat kebaikan kepada ALLAH dan Rasul, diri sendiri, ibubapa, masyarakat dan juga kepada seluruh alam.
adakah orang yang bertaqwa itu hanya lah orang-orang yang tidak pernah melakukan dosa besar sejak baligh ? masih adakah peluang untuk orang yang pernah melakukan dosa besar dan telah insaf untuk menjadi orang bertaqwa ?
ALLAH membuat penjelasan yang seterusnya dalam ayat ke 135 bahawa orang yang bertaqwa juga ialah ' orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, dia bersegera ingat kepada ALLAH, lalu dia memohon ampun atas segala dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu.
ayat ini menjadi bukti kepada kita bahawa ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN MAHA MENERIMA TAUBAT..Dia tidak kira sebesar atau seberat mana dosa atau perbuatan keji yang pernah hamba NYA lakukan, DIA sentiasa bersedia memberi keampunan dan menggolongkan hamba NYA itu kedalam golongan orang yang bertaqwa, asal kan hamba NYA itu menyesal dan insaf untuk tidak mengulangi dosa yang pernah dilakukan..
semoga ALLAH sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua untuk berada di jalan yang lurus..amin..
-alfalah4ever-
Posted in: on Thursday, August 27, 2009 at at 4:35 PM