menerima dia seadanya
menerima dirinya seadanya
sebelum kawin antara perkara paling penting yang kena fikir and blaja ialah menerima diri bakal suami seadanya
mula-mula cari la tempat yang tenang macam masjid or surau , pastu kena duduk diam-diam,berdoa dengan ALLAH mohon hidayah and petunjuk untuk jadi isteri solehah
then sematkan dalam hati and fikiran
'lelaki yang akan jadi suami aku nanti bukan malaikat, bukan jugak Nabi...lelaki tu mungkin dahulu nya jahil, kejam atau pun zalim..tapi ternyata di Luh Mahfuz, ALLAH
telah taqdirkan dia untuk ku..alhamdulillah, Allah beri hidayah untuk dia berubah and bertaubat atas kesilapan dan dosa silam nya.. sebagai isteri, aku kena terima dia SEADANYA
..jangan di ungkit kesalahan dan kesilapan dia yang lalu..memang dosa silam akan terus menghantui nya dan diriku hingga ke akhir hayat..tp itu bukan alasan untuk aku dan dia hidup
menderita..itu bukan alasan untuk hidup dalam tekanan jiwa..percaya lah rahmat ALLAH lebih luas dari kemurkaan NYA..bersangka baik dengan ALLAH..
fikirkanlah yang
mungkin aku adalah hadiah ALLAH untuk suami ku itu kerana dia telah bertaubat dengan taubat nasuha..
mungkin ALLAH ingin beri peluang untuk dia memulakan hidup baru dengan ku bagi menebus kesilapannya dahulu.
jika ALLAH memberi peluang untuk dia memulakan hidup baru dengan ku, mengapa pula aku ingin menutup peluang itu dengan mengungkit kesilapan dan kesalahan dia dahulu.
siapa aku hendak menghukum dia ??
lembut kan lah hati..
kerana dia kini adalah orang yang berbeza dengan dia yang dahulu..
beri lah dia peluang menebus kesalahannya dahulu dengan menjaga kamu sebaik-baiknya,
beri dia peluang menjaga bakal anak-anak kamu berdua dengan penuh kasih sayang, insyaALLAH
ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya..mungkin ALLAH sengaja ingin kamu tahu sejarah silam nya, bukan untuk kamu mengungkit di kala dia melakukan kesilapan.
tetapi untuk kamu faham yang dia tidak sempurna..dia pernah melakukan kesilapan..mungkin kesilapan itu masih tersisa sedikit lantas mendorongnya melakukan kesilapan lagi..
jangan terus meradang dan memarahi nya apabila dia melakukan kesalahan lagi..
cuba lah untuk faham dan tolerate dengan kesalahan yang dia lakukan.kamu seorang akauntant.kamu belajar melakukan kerja audit.dalam kerja audit sendiri ada peratusan kesalahan client yang masih kita boleh tolerate.
kita tidak terus menghukum client dengan mengeluarkan 'Qualified Report'..aplikasi kan ilmu dan kepakaran yang ALLAH ajar kepadamu itu dalam rumah tanggamu..letak kan lah peratusan kesalahan yang dia lakukan yang masih boleh
maafkan dan tolerate..jangan terus melenting, minta cerai dan sebagainya..hanya jika dia melampaui peratusan tersebut seperti melakukan kesalahan mendera kamu fizikal,mental atau seksual baru lah kamu bawa berbincang dengan pihak yang sepatutnya.
akhir sekali..sekali lagi nk ingatkan sebelum kamu mendengar dia melafaz kan 'aku terima nikah nya'..
fikirkan lah sedalam-dalamnya kesalahan-kesalahan yang mungkin dia akan lakukan... kemudian maafkanlah kesalahan-kesalahan itu sekarang, terima lah hakikat yang dia manusia biasa, dia tidak sempurna, dia bukan maksum,
dia manusia yang ALLAH ciptakan mempunyai sifat lalai dan lupa, maafkan lah suami mu itu, berdoa lah dan berusaha mengajar dia untuk tidak lagi melakukan kesalahan itu'..moga-moga dengan sikap tolak ansur yang kamu
amal kan, kamu akan mendapat redha ALLAH..smga ALLAH sentiasa mengampunkan kamu yang juga sering lalai dan banyak melakukan dosa..
-persediaan mental bakal isteri..smga ALLAH sentiasa menetapkan hati untuk istiqamah menerima diri bakal suami seadanya-
Posted in: on Thursday, August 6, 2009 at at 9:36 PM