back to You

Aku adalah ciptaan terindah MU

Aku adalah bidadari yang Kau ciptakan menjadi pendamping salah seorang cicit Adam di dunia

Aku dicipta untuk berzikir,bertasbih memuja MU

Aku dicipta untuk melaksanakan amanah yang KAU tugaskan kepada ku sebaik mungkin

kadang kala aku terlupa peranan sebenar ku Ya ALLAH..ampun kan aku..

kadang kala aku tersasar Ya ALLAH..ini lah sebabnya mengapa aku begitu takut

untuk hadir di dunia ini suatu ketika dahulu..aku takut aku membuat Engkau marah terhadapku

tanpa aku sedar...aku bimbang aku telah membuat Engkau membenci aku..

tolong aku Ya ALLAH...please..jangan tinggal kan aku walau sekelip mata tidak kira seberapa besar dosa

yang aku lakukan..kerana aku tidak punya siapa-siapa atau apa-apa jika ENGKAU telah berpaling

dari menyayangi ku..

Ya ALLAH..aku sedar akan kesalahan ku yang menggunung...

Ya ALLAH.. aku sedar apa yang KAU lakukan kini adalah kerana Engkau amat menyayangi ku..

Engkau mahu aku kembali kepada fitrah sebenar penciptaan diri ku didunia..

Engkau mahu aku sedar akan hakikat hidup di dunia

aku tunduk sujud pada Mu, Ya ALLAH...

izinkan aku bertaubat nasuha

izinkan aku berusaha kembali mendapatkan cinta Mu pada ku

tolong aku melakukan segala yang membuat Engkau redha pada ku, Ya ALLAH..

kerana aku tidak berdaya tanpa MU...

0 comments: