semua orang ada impian
semua orang ada cita-cita
begitu juga dengan saya
saya menyimpan cita-cita untuk menjadi isteri solehah kepada suami saya suatu hari nanti
banyak yang telah ALLAH janjikan kepada wanita yang menjadi isteri solehah kepada suaminya
saya menyimpan impian untuk berusaha menjadi sebaik-baik anak,isteri,ibu dan menantu kepada keluarga saya
sejak saya mula memikirkan tentang perkahwinan, saya telah membuat mind set untuk bekerja sebagai Domestic Engineer kepada keluarga saya (housewife la tu..huhu..).
ini kerana saya ingin menumpukan sepenuh perhatian, tenaga dan fikiran saya terhadap pembentukkan keluarga yang cemerlang dunia akhirat..
cita-cita saya ingin menjadi isteri yang sentiasa bersama suami saya di saat suka dan duka, susah dan senang, sentiasa menceriakan hidupnya dengan sikap yang menggembirakan hatinya, ..memberi kasih sayang tanpa mengharapkan balasan daripadanya..kerana saya sedar, suami saya hanya manusia biasa..yang punya banyak kelemahan..mana mungkin semua keinginan dan harapan saya berjaya dia penuhi..dia sendiri mempunyai tjawab lebih besar terhadap ibu nya berbanding saya setelah berkahwin..saya hanya mengharapkan balasan daripada ALLAH..smga ALLAH menyayangi saya,redha pada saya dan kasih akan saya, setelah saya memberikan keikhlasan kepada suami saya.
seandainya di izinkan saya menjadi ibu..cita-cita saya ingin membesarkan anak dengan penuh keikhlasan dan kebahagiaan..saya punya tanggungjawab mengenalkan anak-anak saya dengan Pencinta dan Pencipta mereka yang sebenar, ALLAH swt..menjadi tjawab saya untuk membuat mereka tahu dan sedar bahawa ALLAH menyayangi mereka lebih drp ummi dan abi mereka..ALLAH sentiasa ada untuk melindungi mereka, sedangkan ummi dan abi tidak punya kekuatan seperti itu..saya mahu mengajar anak-anak saya untuk berserah diri secara total kepada ALLAH..bercita-cita smga mereka mencintai ALLAH sepenuh jiwa dan sanggup berjuang kerana NYA..
saya sedar, saya tidak cukup baik untuk cita-cita yang teramat besar ini..namun itu tidak bermakna cita-cita saya adalah sesuatu yang mustahil..saya yakin..jika saya berusaha mengubah diri dan istiqamah belajar menjadi baik, ALLAH akan membantu saya..
saya punya tanggungjawab besar untuk memperbaiki diri saya
kerana saya adalah bakal isteri dan bakal ibu kepada pejuang-pejuang agama ALLAH..insyaALLAH..
Posted in:
on
Saturday, November 21, 2009
at
at
3:43 AM