ALLAH sedang mengajar IKHLAS padamu
Alhamdulillah...
hari ni terasa yang ALLAH sedang mengajar direct ilmu ikhlas pada saya..
apabila ALLAH menguji kita dengan perasaan marah dan benci manusia kepada kita, itu bukan bermakna ALLAH dengan sengaja ingin menyakiti dan membuat kita menderita.
sebaliknya itulah didikan langsung daripada ALLAH tentang ilmu yg dinamakan ikhlas..
ikhlas itu satu sifat yang akan menghasilkan tenaga dan kuasa yang luar biasa kepada seorang manusia biasa..
orang yg telah memiliki sifat ikhlas itu lebih kuat daripada biasa..lebih bahagia daripada kebiasaannya..lebih tenang dan tenteram jiwa nya walau dalam keadaan yang amat memeritkan pada pandangan nafsu kita..
nafsu itu senantiasa ingin kan, kesenagan dan kebahagiaan yg bersifat fizikal atau material tetapi...dengan ikhlas didalam hati, seseorang itu akan dianugerahkan nikmat kebahagiaan emosional dan spiritual..
apakah tanda-tanda orang tersebut ikhlas dalam hidup nya?
1. dia tidak merasa bangga apabila di puji..kerana dia sedar akan hakikat bahawa dia di puji orang kerana ALLAH telah menutup aib nya
2. dia tidak merasa sedih ketika dicaci,di marah atau dihina..kerana apabila dia memberi keikhlasan, dia tidak mengharap pada manusia itu..dia tidak meletakkan langsung harapan yang dia akan diterima, disayangi, di puji..jadi walaupun dia dimarah dan dikeji..dia tetap tenang dan bahagia..kerana yang diharapkan hanya lah pujian, penerimaan dan kasih syg terus drp ALLAH kepada dirinya..
sesungguhnya hanya dua perkara utama yg difikirkan oleh orang yang ikhlas, iaitu
1. meluruskan niat untuk tetap impress ALLAH
2. memperbaiki dan meningkatkan ikhtiar
Posted in: on Wednesday, November 18, 2009 at at 1:23 PM