L.A.M.P.I

ALHAMDULILLAH..

Saya bersyukur sgt kpd ALLAH hari ni saya faham jugak akhirnya pelajaran yang ALLAH nak ajar saya since 2 years back..

selama ni saya slalu tanya ALLAH, knapa saya kena berhadapan dgn kritikan yang sangat menyakitkan hati saya.bagi saya semua kritikan tu tak btol.saya langsung tak mahu terima apa yang dikata.bg saya, saya di pihak yang benar, saya tak bersalah, semua nya saya je yang btol..

bila saya dikritik, saya rebel, i fight back..sy btegas yang saya jugak btol..slama ni sy langsung tak nmpak salah saya.yang saya nampak salah org yng mengkritik..result yg saya dapat akhirnya hati yg tak tenang,masalah yang makin kronik and jika berbaik sekali pun, saya akan cepat melenting and mengungkit bila masalah lain occure..

smlm ALLAH bg situation yang mengajar dan menguji saya lagi..since saya ni sgt lembab and masih tak faham bahasa, saya macam biasa fight back dgn ngamok kt sumbody yg pada saya cakap something yang menyakitkan hati saya tu..

hati saya mmg panas,geram n rase nk cekik org tu kt office..kerja2 sy semua terganggu..dlm otak dok fikir nk hentam dia cukup2..sy dlm condition yg sgt menyakitkan..mmg sy jd monster yg hodoh gler smlm

then saya balik rumah..hati masih panas lagi..saya cuba mengaji utk hilangkan marah..saya usaha tidur..then pkol 3 am, saya terjaga, saya bace msg org tu hantar kt sy time sy tidur..msg panjang yg kritik sikap sy..saya tak tau nk uat ape..sedih,marah,geram bercampur baur..sy btol2 tak tau nk uat ape..sy bdoa tny ALLAH..ape sy nk uat?camne nk uat bile hadapi keadaan ni ?

ALLAH Maha Mendengar, DIA bg jawpn direct kt saya..ALLAH bg hidayah utk mohon pertolongan kt DIA dgn cara solat

After solat, baru ALLAH buka pintu hati saya utk faham yang semua kritikan tu adalah rezeki drp NYA..knapa sy nk sakit ati sgt, sedangkan ALLAH sedang memberikan rezeki yg akan mendatangkan kebaikan buat sy? ALLAH sedang mengajar sy untuk melihat aib diri sendiri? ALLAH mengajar saya untuk berubah menjadi lebih baik ! terduduk saya bila ALLAH buka hati utk faham semua ni..saya malu sgt2 dgn ALLAH..punya la lembab sy selama 2 thn ni..selama ni sy tak fhm langsung yg kritikan tu datang dengan tujuan utk ubah prangai buruk sy bukan utk menganiaya sy..adddooooiii makk..L.A.M.P.I sungguh la cik donut !!!!!!

hari ni, walau pun sy lambat pick up, tp sy still bersyukur sgt,in the end, faham gak ape yg ALLAH nk ajar..bg org yg ALLAH jadikan asbab mengkritik saya, saya mintak maaf and btrime kasih sgt2..smga dgn ksabaran dia menahan sgala caci maki sy slame ni, ALLAH akn balas dgn rahmat mjadi pghuni syurga NYA..

ALhamdulillah..trime kasih byk2 Ya ALLAH, sbb tak penah bhenti mengajar n memberi petunjuk kpd hamba MU yg lembab lagi tak fhm bhsa ni!..skg dh fhn bhsa sikit dh..insyaALLAH nk trus blaja n pbaiki diri lagi..

awaiting challenge to be face


Ramadhan 1430 H dh pun berlalu meninggalkan kita..Semua amalan kita dh pun malaikat-malaikat persembahkan kpd ALLAH utk evaluation process..Major test untuk kita bermula lagi drp syawal ni smp la ramadhan thn depan plak..test-test yg ALLAH sediakan sepanjang 10 bulan ni utk kita tempuh memang bukan senang, tp tak la susah sampai kita tak mampu tanggung.Ujian yg DIA sediakan utk kita bukan untuk menganiayai kita, infact ujian-ujian ni DIA turunkan untuk membantu kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat..

untuk kita success go through semua ujian DIA dgn cemerlang kita dikehendaki faham ilmu-ilmu yang DIA dh ajar melalui Rasulullah SAW..kena btol-btol faham dan master..bila kita tak faham, itu yang jadi masalah besar dan akhirnya menjerumuskan kita melakukan dosa..

tak ada manusia yang sempurna tanpa melakukan kesilapan dlm dunia ni kecuali Rasulullah SAW..bila kita dah rasa kita melakukan kesilapan atau dosa, pujuk la diri kita untuk memaafkan kesalahan yang kita lakukan, jgn buang masa berfikir pulak 'kenapa la aku buat dosa ni' sbb persoalan-persoalan ni akan mengundang hasutan syaitan yang lebih dasyat.syaitan akan tlg bg jawapan kt hati kita..syaitan akan jawab' tu la..ko ni mmg teruk..dh byk uat dosa..ko ni mmg tak guna..ko ni tak penah insaf2..mmg ahli neraka la ko ni ' ..syaitan akan hasut sampai kita jd manusia yg lupa untuk bertaubat dan berputus asa dengan rahmat ALLAH..kita terlalu fokus fikir dosa yg kita lakukan smp jadi stress untuk mulakan hidup baru dan bertaubat nasuha..jangan smpai jadi macam tu..

berhenti la berfikir betapa teruk dosa yg kita lakukan..sebaliknya mula la berfikir apa yang ALLAH nk kita lakukan lepas kita dh tewas dgn diri,nafsu dan syaitan hingga menjerumuskan kita menjadi manusia yg berdosa..Dlm Al-Quran, ALLAH kata 'BERSEGERA LAH' kembali bertaubat kpd DIA..in our language it's like HIM saying ' cepat la taubat hamba Ku ! yg dok tmenung tepi tingkap marah kt diri sendiri tp tak usaha pun perbaiki diri buat apa !! cepat la taubat smtara masih hidup lg ni !!!!! '

sebesar or seberat mana dosa, pujuk diri utk cepat-cepat pergi ambil wudhuk,dan solat..jgn tertipu dgn syiatan yg bisik kata ' diri ko dh kotor dgn dosa, cmna nk solat '.. mengadu la pada Yang Maha Pengasih dan Yang Menciptakan kita.Mengadu la yg kita ada masalah meninggalkan dosa, kita sering kalah dengan hasutan nafsu dan syaitan, mengadu la kita teramat-amat lemah..Mohon la, jalan penyelesaian kepada semua masalah kita, mohon jugak smga kita diperlihara selama-lama nya oleh NYA..seberat mana pun dosa kita, kita tiada TUHAN melainkan ALLAH..seberat mana pun dosa, still yg bg kita bernafas, makan, buang air,berjalan,berfikir is ALLAH..semua DIA yg bagi even dosa yg kita lakukan besar n berat cam galaxy milky way ni..so,bertaubat la..pujuk diri..

yg syaitan plak tak akan give up walaupun kita dh bertaubat nasuha or dh menagis smpai blh jd tasik kenyir air mata taubat kita tu..yg syaitan tau,selagi belum smp nyawa ke halqum.selagi tu dia akan bkerja keras menyesatkan kita..so, kita kena bergantung sekuat-kuat nya kt ALLAH..mmg kdg2 kita kalah dengan gabungan dia dan nafsu, tp yakin la, selagi kita tak berputus asa dengan rahmat ALLAH dan kita bangkit bertaubat balik, insyaALLAH kita akan berjaya..

ust pahrol wrote on poligami

Tidak mengapa, jika akal belum nampak akan kebaikan sesuatu hukum Allah. Tetapi ingat, itu bukanlah bererti hukum Allah itu tidak baik tetapi akal sesetengah manusia yang belum mampu melihat akan kebaikan itu. Sepertimana kita mampu melihat seluruh bintang di langit, bukan kerana bintang itu tidak ada ataupun ia tidak bercahaya, tetapi pandangan kita yang dilindungi awan atau mata tidak berupaya melihat kerana kejauhan. Begitu juga hukum Allah, tentu ada kebaikan yang menjadi sebab Tuhan mewajibkan, menghalalkan atau mengharuskannya. Jangan jadi seperti kata pepatah, tidak tahu menari dikatakan lantai tinggi rendah.

Poligami misalnya, dihalalkan dengan syarat-syarat yang ketat. Hanya si suami yang mampu memberi nafkah (zahir dan batin) dan mampu berlaku adil kepada isteri-isteri diharuskan melakukannya. Maksudnya, pintu poligami hanya terbuka untuk ‘lelaki-lelaki istimewa’ dan pada keadaan dan syarat yang istimewa juga. Dan begitu juga, bagi pihak wanita. Walaupun pengorbanan yang agak tinggi diperlukan, namun pasti ada juga sebilangan ‘wanita istimewa’ yang sanggup dimadukan. Tuhan Maha Mengetahui hakikat ini, maka atas dasar itulah poligami dihalalkan.

Adalah tidak adil bagi Tuhan untuk menutup pintu poligami dengan meminggirkan situasi, kondisi serta insan yang benar-benar mahu, mampu malah kadangkala terdesak untuk melaksanakannya. Untuk mereka inilah syariat diturunkan. Bukan untuk manfaat kaum lelaki sahaja, malah untuk kaum wanita juga. Pintu ini tidaklah dibuka seluas-seluasnya sepertimana perkahwinan monogami, tetapi dirapatkan sedikit agar tidak dilalui sewenang-wenangnya. Ia umpama ‘pintu kecemasan’ yang terbuka bila keadaan mendesak. Bayangkan, bagaimanakah keadaannya bila sebuah bangunan atau kenderaan besar terbakar, tanpa pintu kecemasan?


Berat atau ringannya hukum Allah ini kekadang tergantung pada kekuatan tauhid seseorang individu untuk melaksanakannya. Kadangkala ada seseorang individu atau sesuatu kaum yang merasa mudah melaksanakan sesuatu hukum, tetapi hukum yang sama terasa payah pada seseorang atau kaum yang lain. Manusia diciptakan berbeza keupayaan, maka berbeza pulalah penanggungan mereka dalam melaksanakan sesuatu suruhan atau larangan daripada Tuhan. Namun, manusia mesti menerima hukum itu dengan rela selaras dengan sifat kehambaannya, walaupun kadangkala terdapat kecuaian, kelemahan dan kekurangan dari segi pelaksanaannya. Firman Allah:
“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin bila dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar menghukum (mengadili) di antara mereka, ialah ucapannya, “kami mendengar dan kami patuh.” An Nuur 51

ada apa dengan poligami

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

ALLAH swt amat sayangkan hamba-hamba NYA.Bila hamba NYA dilihat agak tersasar dari landasan, ALLAH akan tegur secara berhikmah supaya hamba NYA itu sedar akan kesilapan yang dilakukan dan kembali bertaubat kepada ALLAH.

Bagi seorang perempuan, antara ujian paling berat yang ALLAH turunkan kepada NYA adalah kasih sayang terhadap suami.ALLAH swt ingin menguji adalah seorang perempuan itu menyayangi suami nya sekadar syg seorang khalifah yg patuh kepada perintah ALLAH utk syg dan taat pada suami, atau syg nya itu sudah melebihi cinta nya kepada ALLAH dan Rasul.

Hati manusia ni memang sangat unik, mudah berbolak balik, sebab itu syaitan sendiri akui yang hanya orang-orang yang ikhlas beriman dan beribadat kepada ALLAH yg tak dapat dia tawan.Pada mulanya mungkin seorang wanita itu masih boleh mengawal perasaan terhadap suami.Niat utk berkahwin adalah kerana ALLAH, cinta terhadap suami juga kerana ALLAH, seluruh tanggungjawab juga dilaksanakan kerana ALLAH..

Tetapi sebagaimana dalam firman ALLAH dalam surah al-ankabut ayat 2, ALLAH akan menguji hamba NYA, adakah hamba NYA benar-benar ikhlas berkahwin kerana ALLAH..ALLAH menguji dengan memberi kan perasaan cinta dan kasih yang amat sangat terhadap suami.ALLAH ingin melihat bagaimana seorang khalifah mengurus amanah berat ini, adakah akan hanyut dalam cinta kepada suami, atau tetapkan hati bahawa cinta ALLAH lebih dari segalanya dan cinta kepada suami itu hanya sandaran utk mendapat cinta ALLAH.

bagi seorang khalifah yang mempunyai byk kelemahan,tanpa dia sedar, dia telah hanyut dengan cinta yang mendalam kepada suami.sampai lah satu ketika ALLAH akan menegurnya tentang kesalahannya itu.

ALLAH menegur menerusi permintaan suami nya untuk berkahwin lagi.khalifah ini terlupa akan tanggungjawab dan kasih nya kepada ALLAH.Dengan cepat dia melenting dan merasakan kepedihan yang amat sangat di hati.bagi diri nya, suami nya adalah seorang yang mementingkan diri.hanya satu perkara terlintas di fikiran ketika ini 'cerai'.

Jelaslah kini keikhlasan niat awal nya utk berkahwin kerana ALLAH telah bertukar perlahan-lahan menjadi mengikut nafsu semata-mata.Dia terlupa tentang keikhlasan mencintai kerana ALLAH..

Namun ALLAH Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Menerima Taubat..Apabila terjadi perkara sebegini, serah kan hati kepada ALLAH..ALLAH akan memujuk dan memberitahu yang semua ini adalah ujian semata-mata.

ALLAH ingin menguji adakah kita ikhlas mencintai suami kerana ALLAH..sekiranya kita gagal melepasi ujian ini, bertaubat lah, mohon keampunan, fahami lah yang

1. ALLAH sedang mengajar erti ikhlas mencintai suami.
2. ALLAH ingin menegur jgn mencintai suami melebihi cinta kepada ALLAH.

Seorang perempuan yang ikhlas mencintai suami nya kerana ALLAH tidak akan mudah melenting apabila suami nya meminta izin utk berkahwin lagi..kerana dia sedar, dia adalah seorang khalifah di muka bumi ALLAH, cepat marah dan melenting bukan lah sifat seorang khalifah.Walaupun hati terluka tapi dengan yakin dia memujuk hati utk mengadu kepada ALLAH.Suami nya adalah milik ALLAH, bukan milik dirinya..Suaminya hanya pinjaman dari ALLAH untuknya sebagai khalifah menjalankan tugas..

Mengadulah pada ALLAH apa seharusnya seorang khalifah yang diredhai harus lakukan ketika suami memohon izin untuk berkahwin lagi.MOhon lah petunjuk apakah yang terbaik yang medatangkan keredhaan dan kasih syg ALLAH kepada mereka.

Berdoalah seandainya suami nya mampu meningkatkan iman dan taqwa kepada ALLAH dengan berkahwin dua,semoga ALLAH mempermudah kan segala urusan dan memberi kebahagian yang melimpah ruah..sebaliknya jika suami nya semakin jauh dari ALLAH setelah berkahwin lagi, maka semoga ALLAH gagal kn perancangan suami nya.

ALLAH telah memberi jaminan bahawa tidak ada rasa takut dan sedih hati bagi orang yang bertaqwa kepada ALLAH.

ALLAH juga akan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka buat mereka yang bertaqwa.

ingat lah teguran ALLAH yg suamimu bukan milikmu,dia adalah hak mutlak ALLAH.sayangi dia seadanya,jangan melampaui cintamu kepada ALLAH.igtlah ALLAH akan terus menguji keikhlasan mu dalam setiap perkara.memandangkan ikhlas itu amat sukar, berdoalah selalu kepada NYA memohon pertolongan untuk ikhlas.Hanya DIA yg berkuasa keatas segala-galanya.