kembalikan hati kepada Allah

AL-Imran ayat 133 - 135

Maha suci ALLAH yang menciptakan kita tidak sia-sia, melainkan ada hikmah disebaliknya.Allah Maha Sempurna, tidak sama sekali ALLAH melakukan kesilapan ketika dia mencipta kita.dunia ini sempurna dengan terciptanya kita.

Fitrah seorang manusia, tidak akan dapat bahagia tanpa mentaati dan menyintai Tuhannya..walaupun dia merupakan orang yang memiliki segala-galanya di dunia ini, suatu hari nanti akan tiba masa, dimana dia akan merasa kekosongan yang amat sangat di hati..

walaupun mempunyai isteri/suami yang penyayang,anak-anak yang comel,kerjaya yang hebat, pangkat dan pengaruh,rumah besar,kereta mewah, tapi ini semua tidak dapat memberi kebahagiaan dan ketenangan hakiki.hati nya akan terasa seperti ada sesuatu yang tidak sempurna..itu lah fitrah yang terjadi kepada hamba yang melupakan Tuhan..

oleh disebabkan itu, Rasullullah saw berpesan bersungguh-sungguh kpd kita untuk sentiasa berpegang kepada AL-Quran dan Sunnah..setiap hari kita perlu mentadabbur AL-Quran, membaca hadith-hadith Nabi..seterusnya mengamalkan apa yang diperintah seperti mana yang terkandung dalam AL-QURAN dan Sunnah..

tanpa Tuhan di hati manusia tidak akan bahagia..ALLAH tidak memerlukan manusia..tetapi manusia yang memerlukan ALLAH..Manusia yg lari dari landasan ajaran Islam adalah manusia yang akan menderita penyakit hati dunia akhirat..

Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang.Dengan rahmat belas kasihan NYA,DIA sentiasa membuka jalan bagi membantu hamba NYA yang tersasar untuk kembali ke landasan yang benar..

ALLAH telah berfirman dalam surah Al- 'Imran ayat 133, ' dan bersegelah kamu mencari ampunan Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi yang di sediakan bagi orang-orang yang bertqwa'..

dalam ayat ini ALLAH telah memerintahkan kita untuk bersegera memohon keampunan NYA diatas segala dosa-dosa yang kita lakukan.jangan bertangguh-tangguh.lakukan segera,sekarang juga..seterusnya ALLAH menyuruh kita untuk menjadi orang yang bertaqwa.kerana ALLAH swt telah menyediakan syurga yang seluas langit dan bumi kepada orang yang bertaqwa.

orang-orang bertaqwa ? bagaimana untuk menjadi orang yang bertaqwa? apakah ciri-ciri orang bertaqwa ?

ALLAH selanjutnya menjelaskan kepada kita dalam ayat 134 tentang ciri-ciri orang bertaqwa ' (iaitu) orang yang berinfak baik diwaktu senang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain.Dan ALLAH mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.

daripada ayat ini di ceritakan kepada kita bahawa orang yang bertaqwa adalah orang yang

1.bersedekah diwaktu senang atau susah.sekiranya dia mempunyai wang yang banyak, sedekahnya juga dalam amaun yang besar.jika wang nya sedikit, dia bersedekah dalam amaun yang kecil.

2.orang menahan amarah nya.Sabda Nabi s.a.w orang yang paling kuat adalah orang yang berjaya menahan amarah nya.kemuliaan seseorang itu akan meningkat jika dia berjaya menahan diri dari marah.sebaliknya seseorang yang mulia boleh menjadi hina ketika menurutkan nafsu amarah nya.

3.hendaklah bersikap memaafkan kesalahan orang lain.orang bertaqwa tidak berdendam.

4.berbuat kebaikan.orang bertaqwa adalah orang yang sentiasa berbuat kebaikan kepada ALLAH dan Rasul, diri sendiri, ibubapa, masyarakat dan juga kepada seluruh alam.

adakah orang yang bertaqwa itu hanya lah orang-orang yang tidak pernah melakukan dosa besar sejak baligh ? masih adakah peluang untuk orang yang pernah melakukan dosa besar dan telah insaf untuk menjadi orang bertaqwa ?

ALLAH membuat penjelasan yang seterusnya dalam ayat ke 135 bahawa orang yang bertaqwa juga ialah ' orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, dia bersegera ingat kepada ALLAH, lalu dia memohon ampun atas segala dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu.

ayat ini menjadi bukti kepada kita bahawa ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN MAHA MENERIMA TAUBAT..Dia tidak kira sebesar atau seberat mana dosa atau perbuatan keji yang pernah hamba NYA lakukan, DIA sentiasa bersedia memberi keampunan dan menggolongkan hamba NYA itu kedalam golongan orang yang bertaqwa, asal kan hamba NYA itu menyesal dan insaf untuk tidak mengulangi dosa yang pernah dilakukan..

semoga ALLAH sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua untuk berada di jalan yang lurus..amin..

-alfalah4ever-

berbunga2

Alhamdulillah dapat jumpa ramadhan lagi tahun ni..seronok sangat2 rase bila ramadhan dtg..
rase berbunga-bunga (happy nk grab chances yg ALLAH bagi)..rase sayang nya ALLAH kat kita..kita ni punya la banyak dosa, tapi DIA masih izinkan kita bertemu ramadhan..time ramadhan la ALLAH tutup semua pintu neraka..DIA buka seluas-luasnya pintu syurga..DIA menerima taubat hamba-hamba Nya..infact siapa yang amek peluang di bulan ramadhan ni untuk bertaubat nasuha, taubat sungguh-sungguh..insyaALLAH, ALLAH akan ampunkan and ALLAH ganti kejahatan yang pernah dilakukan dengan kebaikan..insyaALLAH after ramadhan orang tu akan jadi orang yang lebih baik..orang yang berakhlak mulia beranding sebelumnya..

terasa btol kebesaran rahmat kasih sayang ALLAH sangat-sangat bila ramadhan ni..kat rumah macam biasa,mama pny welcoming untuk ramadhan memang lagi gempaq compare to nak sambut raya.ramadhan bulan yang penuh keberkatan,penuh kasih sayang ALLAH, bulan mempertingkatkan amal ibadat,bulan memperkasakan ruh.,senang cakap ramadhan ni bulan yang semua umat islam wajib jalani intensive trainning untuk sentiasa berada di jalan
yang lurus..to ensure kita dpt jalani ibadah ni dengan cemerlang kne la alert n appreciate stp detik..grab all the chances utk beribadat sebaik mungkin.jadikan ramadhan ini ramadhan yg terbaik berbanding yang sebelumnya.

masih ada sayang

Ustaz tidak pernah bergaduh dengan isteri?” tanya sahabat saya.

“Bergaduh yang macam mana?” saya menoleh kepadanya.

“Bergaduh. Bertengkar atau salah faham. Tak semestinya sampai baling-baling senduk dan tudung periuk,” jelas beliau.

REALITI BUKAN FANTASI

“Tentulah. Berselisih faham, bermasam muka, merajuk atau mengamuk, semua itu asam garam kehidupan berumahtangga. Sampai masanya nanti anta akan menempuhnya, Insya Allah,” saya tersenyum kepadanya.

Ada kalanya saya berasa kaget dengan soalan-soalan yang diajukan kepada kami. Masakan saya dan isteri terlepas peluang untuk bergaduh dan berselisih faham dalam kehidupan kami. Ya, ia adalah peluang. Ruang yang diberikan oleh Allah sebagai peluang untuk suami isteri belajar meningkatkan diri. Bukanlah bermaksud sengaja mencari gaduh. Tetapi setiap kali berlakunya perselisihan faham, ia pasti berakhir dengan satu pelajaran baru buat suami dan isteri jika mereka berjaya mempositifkannya.

Alangkan rumahtangga Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sendiri menempuh fasa-fasa sedemikian rupa, apatah lagi kita yang serba kekurangan ini? Malah, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga pernah mentalaqkan isteri baginda iaitu Hafsah binti Umar al-Khattab, dan kemudian rujuk semula. Ia catatan sejarah untuk mengajar Muslim menguruskan realiti, bukan berfantasi.

“Macam mana ustaz dan isteri positifkan pergaduhan?” tanya beliau lagi.

MASIH ADA SAYANG

“Tanyalah kembali kepada diri masing-masing, apakah kamu masih menyayangi sang isteri? Isteri juga harus bertanya kepada diri, sejujur-jujurnya, apakah kamu masih sayangkan suami? Kalau sayang itu masih ada, berusahalah atas nilai kasih sayang itu untuk mencari penyelesaian dan jalan keluar,” saya memberikan cadangan.

“Betul, betul. Saya masih ingat kuliah ustaz tentang Win-win Situation. Kecenderungan kepada penyelesaian akan lebih ketara andai ada kasih dan sayang antara dua pihak yang bertembung. Termasuk suami isteri,” katanya yang pernah hadir ke kuliah saya sebelum ini.

“Jazakallahu khairan ya akhi. Terima kasih kerana ingat akan hal-hal tersebut,” saya menghargai ingatannya kepada isi kuliah yang entah bila saya sampaikan itu.

“Satu lagi soalan, ustaz” sambungnya lagi.

“Apa dia?” saya bertanya.

MENCARI EPISOD KASIH

“Macam mana kita nak tentukan yang kita masih ada rasa sayang kepada isteri, kalau semasa itu kita sedang marah-marah?” beliau terus mengajukan soalan.

Wah, bagus sungguh anak muda ini. Tajam fikirannya, dan kritis dalam menghalusi pandangan.

“Hmm… kenanglah balik peristiwa-peristiwa semasa cinta sedang mekar dan segar bugar itu,” saya membalas.

“Apa kenangan terhebat ustaz? Yang boleh mengingatkan ustaz kepada cinta ustaz untuk Kak Muna? Cewah!” kata beliau dalam nada bergurau tetapi serius.

“Ehh, apa pula yang ada cewah di hujung tu?” saya ketawa mendengar ekspresi beliau.

“Tak ada apa-apa. Saya rasa malulah pula tanya ustaz soalan-soalan macam ini,” jelas beliau. Jujur.

“Hmm, kalaulah ada masa yang kami berselisih faham, atau jika tiada salah faham sekali pun, saat yang paling bermakna untuk ustaz kenangkan ialah petang ustaz menentukan tarikh bertunang. Selepas menetapkan persetujuan, ustaz ditanya oleh bakal ibu mertua ustaz sama ada sudah pernah bersua muka dengan bakal tunang atau tidak?” saya mengomel.

“Ustaz pernah jumpa?” tanya beliau.

“Anta ni, tak baca buku analah ya!” saya menduga.

“Bacalah ustaz. Tapi tak pasti yang mana satu. Saya ni ada sifat pelupa sikit,” katanya lagi.

“Tentulah tak pernah jumpa. Memang abang ustaz pun terkejut masa itu. Jadi, bakal emak mertua ustaz panggillah Kak Muna yang menyorok di dapur tu supaya keluar. Dan itulah kenangan terindah ustaz sebab kali pertama ustaz menatap wajah bakal isteri, ialah di dalam majlis yang paling mulia dan halal iaitu di rumahnya sendiri, dan di hadapan ibu serta bapanya!” saya tersenyum sambil bercerita.

“Wah, sweetnya! Betullah kata guru saya, kemanisan dan kenikmatan itu ada pada yang halal!” beliau membuat kesimpulan.

“Ya. Sebab itu, janganlah dicemar perhubungan pra perkahwinan dengan apa-apa yang haram atau syubhat. Biar kenangan semuanya halal dan indah belaka,” saya menokok.

“Samson kena buat lagu baru sempena Ramadhan ni!” katanya dengan nada gurau.

“Lagu apa?” saya tidak dapat menangkap maksudnya.

“Kenangan Terhalal!” jawab beliau.

Kami ketawa… bermanfaat sungguh usrah kami di lebuh raya.

di petik drp :

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

tidak takut dan tidak bersedih hati

Kami berfirman ' turunlah kamu semua dari syurga! kemudian jika benar-benar datang petunjuk Ku kepada mu, maka barang siapa mengikuti petunjuk Ku, tidak ada rasa takut pada mereka dan tidak pula mereka bersedih hati ' - surah al-baqarah ayat 38 -

teringat kisah benar tentang seorang budak lelaki yang cacat..day by day penglihatan budak lelaki ni makin kabur..bila abg budak lelaki ni tanya budak ni
'dik..takut tak hidup dlm keadaan cam ni ?'

budak ni jawab ' tak..tak takut.. sebab Allah kan ada..mana mungkin ALLAH menciptakan saya kemudian ALLAH mensia-siakan sy..Allah tidak pernah membuat kesilapan kerana menciptakan sy seperti ini '

tak berapa lama, sebelum budak ni menghembus kan nafas terakhir di pangkuan abg die
die sempat ckp ' abg..walau seisi dunia ni jadi milik abg suatu hari nnt..tp semua tu tak akan membuat abg bahagia seandainya abg tidak mencintai ALLAH..walau sehebat mana pun abg dimata manusia, itu semua juga sia-sia jika abg tidak mencontohi kehidupan Rasullullah s.a.w'

itulah perasaan luar biasa yang ALLAH anugerah kan kepada orang yang beriman dengan NYA..mereka tidak takut dan tidak bersedih hati menghadapi dunia dan segalanya..

kenapa tak blh syg sy sepenuh hati ?

Cinta Seratus Peratus

“Abang tidak cinta kepada saya sepenuh hati. Tidak seratus peratus,” rungut seorang isteri kepada sang suami.

Suami terdiam.

Lidahnya kelu. Tetapi hatinya menghitung-hitung.

“Bagaimanakah isteriku mencongak kasihku kepadanya? Hingga timbul peratusan begitu. Apakah cintaku kepadanya hanya 50%, atau 80% atau 90% pada saat paling manis aku bersamanya?” benak hati suami berkata-kata.

Jiwanya bergelora.

Selama ini, hatinya sebagai suami tidak pernah dikongsi dengan sesiapa. Biar pun dia tidak mampu menyalut tubuh isteri dengan intan permata, namun hatinya yang lebih jernih dari berlian itu diberikan sepenuhnya buat si isteri, wanita yang dikahwininya kerana cinta.
Di mana silapku?

Merungut tentang kelemahan-kelemahan diri seorang lelaki bernama suami, adalah sesuatu yang lumrah dalam bahtera rumahtangga. Suami ada kalanya ditimpa malas, ada masanya kurang sensitif dengan perasaan isteri. Terlalu sibuk dengan kerja, hingga mungkin sesekali terabai anak-anak dan rumahtangga. Rungutan isteri, boleh diterima sebagai tazkirah dari Dia untuk kebahagiaan dan masa depan rumahtangga.
Tetapi rungutan isteri yang mempertikaikan cinta sang suami… ia bukan rutin kebiasaan.

Rungutan itu mempersoalkan sesuatu yang paling kudus dan suci dalam ikatan hubungan di antara seorang lelaki dan perempuan bergelar suami dan isteri.
PERANAN SUAMI
Sesuatu yang ada kalanya terbentang dalam bahasa yang tidak seimbang, tanggungjawab seorang suami ke atas isteri sebenarnya jauh lebih banyak berbanding dengan tugasan isteri terhadap suami. Namun ‘cuaca’ perbahasan hal ehwal rumahtangga di dalam gelanggang Islam, sering terkesan oleh kecenderungan dominasi kaum lelaki (male chauvinism), hingga yang banyak diperkatakan adalah kelemahan, kesilapan dan kesalahan kaum isteri.

Isteri yang sering dileter dalam ceramah-ceramah agama.

Ayat-ayat al-Quran dan Hadith yang bercakap tentang peranan isteri, yang sering dipetik di dalam ucapan dan tulisan.

Sedangkan, wahyu Allah dan petunjuk Nabawi sarat berisi dengan tugas serta tanggungjawab seorang lelaki bernama suami. Tanggungjawab itu bermula dari soal nafkah zahir dan batin, hinggalah kepada soal keperluan emosi isteri. Belaian sang suami, kata-kata yang baik, malah segala kebajikan harus mendahulukan isteri, juga anak-anak berbanding orang lain di luar daerah rumahtangga.
Oleh kerana tugas dan tanggungjawab yang begitu banyak terpikul di bahu seorang suami, dia harus menjadi seorang pencinta yang hebat.

Cinta yang mendorongnya bekerja.

Cinta yang merangsangnya berperanan.

Cinta yang menjadikan segala tugas dan tanggungjawab yang dilakukannya itu suatu keseronokan dan kepuasan dalam hidup.

Tanggungjawab tanpa cinta, adalah beban dan derita.

Tidak mungkin seorang suami mampu untuk menjalankan peranannya dengan baik sebagai seorang suami, jika dirinya bukan seorang pencinta yang hebat.
MASIH DIPERTIKAI

Justeru, andai seorang suami itu bersungguh-sungguh dalam peranan yang dimainkannya, mengapa isteri masih mempersoalkan cinta suami?

“Abang tidak cintakan saya sepenuh hati!’ mengapa begitu mudah seorang isteri melontarkan soalan sedemikian rupa?

Kembalilah kita kepada suatu amaran luar biasa seorang Nabi:

“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”�. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan.

Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!” [hadith riwayat al-Bukhari]

Ia bukan hadith yang memberi maksud bahawa wanita itu tempatnya di Neraka. Naudhubillah…

Kita tidak ke Syurga atau Neraka kerana jantina.

Justeru hadith ini bukan kenyataan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang Syariatullah.

Sebaliknya ia merupakan indikasi baginda tentang sesuatu yang bersangkutan dengan Sunnatullah.

Tentang kecenderungan perlakuan kaum perempuan yang mudah mengkufuri nikmat berumahtangga.

Hadith yang menjawab tanda tanya sang suami itu tadi.

Suami berlaku baik kepada sang isteri sepanjang tahun. Namun tatkala ada sesuatu yang tidak kena dilakukan oleh seorang suami, mudah sekali seorang isteri berkata kepada suaminya, “aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”
Perlakuan seperti ini diungkapkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai berkait rapat dengan wanita, merujuk kepada kebiasaan dan mudahnya wanita terjerumus kepada tindak tanduk seperti ini. Ia harus diambil sebagai peringatan, bukan hukuman atau keputusan.

Perbuatan menafikan kebaikan suami digelar sebagai kufr al-’asyeer iaitu kufur terhadap nikmat di dalam rumahtangga. Ia dikategorikan oleh al-Imam al-Bukhari sebagai “Bab Kufur Kepada Suami, dan Kufur Yang Bukan Kufur” iaitu tajuk kepada hadith ini di dalam Kitab al-Imaan.
PELAJARAN KEDUA BELAH PIHAK

Hadith ini memberikan pelajaran yang penting kepada kedua belah pihak.

Bahawa bagi isteri, hindarkanlah diri dari mudah terjerumus kepada percakapan-percakapan yang membinasakan ini.

Manakala bagi seorang suami, ketahuilah bahawa, tugasmu adalah untuk memberikan seratus peratus komitmen dan kasih sayang kepada isteri. Tetapi JANGAN sekali-kali kamu cuba mengejar seratus peratus tersebut. Beri 100% tetapi jangan kejar 100% itu kerana bahayanya bagi seorang suami terjerumus ke lembah kecenderungan seorang isteri untuk menafikan pemberian suaminya.

Jika suami yang memberi sepenuh cinta kepada isterinya itu masih cuba mengejar-ngejar pengiktirafan sang isteri, ketika itu mungkin seorang suami tanpa sedar akan meninggalkan perjuangan.

Jika suami yang memberi sepenuh cinta kepada isterinya itu masih cuba mengejar-ngejar pengiktirafan sang isteri, ketika itu mungkin seorang suami tanpa sedar telah mendurhakai serta mensesiakan ibu dan bapanya.

Jika suami yang memberi sepenuh cinta kepada isterinya itu masih cuba mengejar-ngejar pengiktirafan sang isteri, ketika itu mungkin seorang suami tanpa sedar telah mengabaikan anak-anak mereka sendiri.

Semuanya kerana terlalu mengikut desakan isteri yang terus menerus mahu suaminya memberikan seratus peratus cinta yang tidak pernah dikecapinya itu. Ketika inilah, isteri malah anak-anak boleh bertukar dari penyejuk mata dan hati, kepada musuh yang membinasakan:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka…” [al-Thaghaabun 64: 14]
Namun, sebagai seorang pencinta yang benar dalam cinta dan kasih sayangnya kepada isteri, seorang suami harus ada keupayaan untuk bersabar, memaafkan, tidak marah dan mengampunkan kesalahan isteri serta anak-anak itu tadi, maka ketahuilah wahai suami, Allah juga Maha Pengampun lagi Maha Pengasih kepada engkau, isteri dan anak-anakmu.

“… dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Taghaabun 64: 14)
MENCARI PELENGKAP 100%
Manakala bagi seorang isteri, sesungguhnya dirimu tidak akan sekali-kali dapat merasakan yang suamimu mencintaimu sepenuh hati, sehinggalah kamu hindarkan dirimu DARI KUFUR KEPADA SYUKUR. Jauhkan dirimu dari kufr al-asyeer, menafikan kebaikan-kebaikan yang telah suamimu berikan di atas cintanya kepadamu kerana Dia, sebaliknya belajarlah untuk bersyukur kerana syukur itulah yang mengganda-gandakan nikmat yang engkau terima.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras” [Ibrahim 14: 7]

Sesungguhnya, perasaan bahawa suamimu tidak mencintaimu sepenuh hati, biar pun dia telah berusaha sedaya upaya untuk menjalankan tugas serta tanggungjawabnya terhadap dirimu, rasa kekurangan itu mungkin bukan datang dari kekurangan suamimu, tetapi kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak menambah nikmat-Nya berupa kasih sayang suami kepadamu untuk melengkapkan rasa kurang itu, kerana terjerumusnya dirimu ke lembah kufr al-’asyeer.

Sang isteri bukan mengkufuri Allah, tetapi kufur kepada nikmat Allah berupa kasih sayang suami kepada dirimu.

Demi untuk merasakan kesempurnaan pada cinta dan kasih itu, bersyukurlah… nescaya Allah akan tambah-tambahkan lagi nikmat-Nya. Suamimu tidak akan mampu memberikan ’seratus peratusmu’ itu sehinggalah engkau mendapatnya dari Allah, Tuhan yang menggandakan nikmat sebagai balasan syukur seorang hamba.

Dan jika kita biarkan diri terbelenggu dalam kekufuran, ketahuilah bahawa sesungguhnya azab Allah itu amat pedih kesannya. Usahkan azab Akhirat yang tidak terbayang itu, pedihnya sampai ke dunia hingga Baiti Jannati yang kau dambakan selama ini, menjadi neraka dunia yang menyeksa lagi membinasa.

Sebagaimana suami amat mudah terheret ke Neraka kerana tidak memberi seratus peratus, begitulah juga isteri amat mudah terheret ke Neraka kerana meminta-minta seratus-peratus itu.

Bertaqwalah kepada Allah wahai suami yang tidak memberi seratus peratus.
Bertaqwalah kepada Allah wahai isteri yang meminta seratus peratus itu.

sumber daripada :
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
December 31st, 2008 | by Abu Saif
56000 Kuala Lumpur

dont do after having your meal

Don’t do these things after meal…

  1. Don’t smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meals is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher).
  2. Don’t eat fruits immediately – Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruits 1-2 hours after meal or 1 hour before meal
  3. Don’t drink tea – Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest
  4. Don’t loosen your belt – Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.
  5. Don’t bathe – Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach
  6. Don’t walk about – People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In reality this is not true. Walking will cause the digestive system unable to absorb the nutrition from the food we intake
  7. Don’t sleep immediately – The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine

From: nazrichik.com

menerima dia seadanya

menerima dirinya seadanya

sebelum kawin antara perkara paling penting yang kena fikir and blaja ialah menerima diri bakal suami seadanya

mula-mula cari la tempat yang tenang macam masjid or surau , pastu kena duduk diam-diam,berdoa dengan ALLAH mohon hidayah and petunjuk untuk jadi isteri solehah

then sematkan dalam hati and fikiran

'lelaki yang akan jadi suami aku nanti bukan malaikat, bukan jugak Nabi...lelaki tu mungkin dahulu nya jahil, kejam atau pun zalim..tapi ternyata di Luh Mahfuz, ALLAH
telah taqdirkan dia untuk ku..alhamdulillah, Allah beri hidayah untuk dia berubah and bertaubat atas kesilapan dan dosa silam nya.. sebagai isteri, aku kena terima dia SEADANYA
..jangan di ungkit kesalahan dan kesilapan dia yang lalu..memang dosa silam akan terus menghantui nya dan diriku hingga ke akhir hayat..tp itu bukan alasan untuk aku dan dia hidup
menderita..itu bukan alasan untuk hidup dalam tekanan jiwa..percaya lah rahmat ALLAH lebih luas dari kemurkaan NYA..bersangka baik dengan ALLAH..

fikirkanlah yang

mungkin aku adalah hadiah ALLAH untuk suami ku itu kerana dia telah bertaubat dengan taubat nasuha..
mungkin ALLAH ingin beri peluang untuk dia memulakan hidup baru dengan ku bagi menebus kesilapannya dahulu.
jika ALLAH memberi peluang untuk dia memulakan hidup baru dengan ku, mengapa pula aku ingin menutup peluang itu dengan mengungkit kesilapan dan kesalahan dia dahulu.
siapa aku hendak menghukum dia ??
lembut kan lah hati..
kerana dia kini adalah orang yang berbeza dengan dia yang dahulu..
beri lah dia peluang menebus kesalahannya dahulu dengan menjaga kamu sebaik-baiknya,
beri dia peluang menjaga bakal anak-anak kamu berdua dengan penuh kasih sayang, insyaALLAH

ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya..mungkin ALLAH sengaja ingin kamu tahu sejarah silam nya, bukan untuk kamu mengungkit di kala dia melakukan kesilapan.
tetapi untuk kamu faham yang dia tidak sempurna..dia pernah melakukan kesilapan..mungkin kesilapan itu masih tersisa sedikit lantas mendorongnya melakukan kesilapan lagi..
jangan terus meradang dan memarahi nya apabila dia melakukan kesalahan lagi..
cuba lah untuk faham dan tolerate dengan kesalahan yang dia lakukan.kamu seorang akauntant.kamu belajar melakukan kerja audit.dalam kerja audit sendiri ada peratusan kesalahan client yang masih kita boleh tolerate.
kita tidak terus menghukum client dengan mengeluarkan 'Qualified Report'..aplikasi kan ilmu dan kepakaran yang ALLAH ajar kepadamu itu dalam rumah tanggamu..letak kan lah peratusan kesalahan yang dia lakukan yang masih boleh
maafkan dan tolerate..jangan terus melenting, minta cerai dan sebagainya..hanya jika dia melampaui peratusan tersebut seperti melakukan kesalahan mendera kamu fizikal,mental atau seksual baru lah kamu bawa berbincang dengan pihak yang sepatutnya.

akhir sekali..sekali lagi nk ingatkan sebelum kamu mendengar dia melafaz kan 'aku terima nikah nya'..
fikirkan lah sedalam-dalamnya kesalahan-kesalahan yang mungkin dia akan lakukan... kemudian maafkanlah kesalahan-kesalahan itu sekarang, terima lah hakikat yang dia manusia biasa, dia tidak sempurna, dia bukan maksum,
dia manusia yang ALLAH ciptakan mempunyai sifat lalai dan lupa, maafkan lah suami mu itu, berdoa lah dan berusaha mengajar dia untuk tidak lagi melakukan kesalahan itu'..moga-moga dengan sikap tolak ansur yang kamu
amal kan, kamu akan mendapat redha ALLAH..smga ALLAH sentiasa mengampunkan kamu yang juga sering lalai dan banyak melakukan dosa..

-persediaan mental bakal isteri..smga ALLAH sentiasa menetapkan hati untuk istiqamah menerima diri bakal suami seadanya-

beware of syaitan

antara halangan yang terbesar yang di hadapi oleh para pendakwah ialah tipudaya syaitan,putar belit iblis dan karenah hawa nafsu

pendakwah akan tetap selamat meskipun halangan luaran,sosial,politik,ekonomi dan lain-lain yang dihadapinya amat besar selama ia tidak menyerah kepada hawa nafsu dan tunduk melutut kepada kehendak syaitan.

syaitan memang musuh mukmin yang paling besar.ia tidak pernah jemu menipu, menimbulkan keraguan dan meransang ke arah kejahatan dan kemaksiatan.Selagi hayat dikandung badan selama iman masih bertakhta di hati, selama itu juga syaitan akan terus merasuk dan memujuk.

syaitan pernah bersumpah :

'Demi kemuliaan Mu( Allah) akan aku perdayakan mereka(anak Adam) semuanya, kecuali hambaMU yang ikhlas di kalangan mereka.Allah menjawab. 'Aku akan penuhkan neraka jahanam dengan dirimu dan sesiapa dari mereka yang mengikutmu semuanya.

kerana sumpah syaitan ini para pendakwah hendaklah lebih berwaspada terhadap syaitan dari musuh-musuh yang lain.Sebab syaitan adalah musuh yang bukan kepalang bahayanya.

ALLAH swt berfirman :

' sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu maka anggaplah ia benar-benar musuh.Sesungguhnya sekutu-sekutunya menyeru supaya mereka dan kamu
menjadi penduduk neraka.'( surah Al-Fatir : ayat 6)

ALLAH swt berfirman lagi :

' bukan kah Aku telah memerintahkan kepadamu hai anak adam supaya kamu tidak menyembah syaitan?sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata
bagi kamu.Dan hendaklah kamu menymbahKu.Inilah jalan yang lurus.Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar
daripada kamu.Maka apakah kamu tidak memikirkan? ( surah yasin : ayat 60-62)

Jahatnya syaitan ini ialah kalau dia gagal merasuk,memujuk dan menggoda dari satu sudut maka dia akan menhasut pula dari sudut yang lain.
demikianlah kerjanya.Memang benar sabda Rasulullah SAW ' sesungguhnya syaitan itu meresap dalam diri anak adam persisi mengalirnya darah
dalam tubuh' (hadith muttafaqun 'alaihi)

sunway here we come


alhamdulillah ade adik-adik yang rajin teman kakak dorg pujuk hati time-time tengah frust terguling-guling..hanim, kak sari and syikin dengan gaya tak boleh blah as usual..

cik donut is finally smilling again after went through a very tough and hard time for the past 3 days..
hakim ternganga with hafiz..lalalalala...
bye kak long... :( syikin, hakim, hafiz)