back to You

Aku adalah ciptaan terindah MU

Aku adalah bidadari yang Kau ciptakan menjadi pendamping salah seorang cicit Adam di dunia

Aku dicipta untuk berzikir,bertasbih memuja MU

Aku dicipta untuk melaksanakan amanah yang KAU tugaskan kepada ku sebaik mungkin

kadang kala aku terlupa peranan sebenar ku Ya ALLAH..ampun kan aku..

kadang kala aku tersasar Ya ALLAH..ini lah sebabnya mengapa aku begitu takut

untuk hadir di dunia ini suatu ketika dahulu..aku takut aku membuat Engkau marah terhadapku

tanpa aku sedar...aku bimbang aku telah membuat Engkau membenci aku..

tolong aku Ya ALLAH...please..jangan tinggal kan aku walau sekelip mata tidak kira seberapa besar dosa

yang aku lakukan..kerana aku tidak punya siapa-siapa atau apa-apa jika ENGKAU telah berpaling

dari menyayangi ku..

Ya ALLAH..aku sedar akan kesalahan ku yang menggunung...

Ya ALLAH.. aku sedar apa yang KAU lakukan kini adalah kerana Engkau amat menyayangi ku..

Engkau mahu aku kembali kepada fitrah sebenar penciptaan diri ku didunia..

Engkau mahu aku sedar akan hakikat hidup di dunia

aku tunduk sujud pada Mu, Ya ALLAH...

izinkan aku bertaubat nasuha

izinkan aku berusaha kembali mendapatkan cinta Mu pada ku

tolong aku melakukan segala yang membuat Engkau redha pada ku, Ya ALLAH..

kerana aku tidak berdaya tanpa MU...

aku ke

personality strength

drive , knowledge

personality weaknesses

impatience

sence of humor style

quick-witted

adjectives to describe you

daring - brave ; willing to do dangerous or unusual things ; risk taker

enterprising - ability to think outside of the box

description

bright and cheerful ! always smilling and add a smile to the faces to those that know you

chirpy and talkative for most of the part

outgoing and extrovert

a largely happy person on both outside and inside

p/s : some people become special not because they really are, it is because they belive they are

cross the road

ALLAH sentiasa membaca kan kepada kita cerita-cerita tentang kehidupan

baru-baru ini ALLAH swt bacakan kepada saya sebuah cerita berkaitan dengan seseorang yang secara tidak sengaja tersesat di hutan belantara..

cerita bermula apabila Chibi dirundung masalah yg amat menekan jiwa nya..dia sudah tidak dapat menanggung penderitaan tersebut lantas Chibi mengambil keputusan untuk lari dari masalah nya untuk bertenang di tempat yang Chibi rasa kan cukup damai dan menenangkan hati..

Chibi lihat dari jauh hutan adalah tempat yg cukup mendamaikan, jauh dari hiruk pikuk,air sungai yg menyejuk kan hati,buah-buahan yang segar,burung-burung yang berkicauan akan memberikan hidup yg cukup indah kepada Chibi..Ini pandangan Chibi tentang penghijrahan nya ke hutan..

lalu, Chibi yang langsung tidak mempunyai apa-apa ilmu, kelengkapan yang cukup serta pengalaman hidup di hutan mula melangkah dengan berani tanpa berfikir panjang..yang difikirkan ketika itu hanyalah keindahan imiginasi nya berkaitan dengan hutan.

perjalanan Chibi bermula dengan cukup gembira..terlalu gembira..ini lah pilihan terbaik yang pernah dia lakukan dalam hidupnya ! itu kata hati nya...

tetapi ALLAH Maha Mengetahui..Chibi belum benar-benar mengenali hutan..kini, bermula lah episod baru dalam kehidupan Chibi..

Chibi dengan berani dan sesuka hati tanpa kompas telah bermain-main di dalam hutan.Dia tidak tahu yang dia sedang menuju ke tebing yg cukup tinggi,curam,gelam dan seram..Disebabkan sikapnya yang terburu-buru dan terlalu gembira,Chibi telah terjatuh didalam kedalam curam tersebut..

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Chibi kini merasakan ketakutan dan penderitaan yang teramat sgt..tidak pernah terlintas oleh Chibi hutan akan memperlakukan sebegini kepada nya..

Chibi kini tersungkur di dalam cerun yg paling dalam,paling gelap...belum pernah dia merasakan ketakutan yang begini dalam hidupnya..hidup Chibi kini diselubungi kegelapan serta kesedihan yang teramat sangat..

dia tidak tahu apa yang harus dilakukan..Dia hanya duduk diam dan menangis..menangis dan meraung kesakitan..luka-luka serta calar dibadan nya penuh..darah mengalir..Chibi kesakitan..dia menyesal yang teramat sangat..dia kini melalui hari-harinya dengan menangis..dia menangis melihat dirinya..dia dalam keadaan yang berduka yg amat sgt..setiap hari Chibi mengenang betapa teruk dirinya yg tidak tahu menghargai masa lalu..

hari demi hari..minggu demi minggu..bulan demi bulan..tahun demi tahun..Chibi membiarkan dirinya hidup tidak sempurna dan tidak bahagia didalam curam tersebut..dia makan dari buah-buah busuk yg sudah tidak elok yg terjatuh kedalam curam tersebut..dia minum dari air hujan yang ditadah nya..dia tidur didalam kegelapan dan ketidak selesaan..dia membiarkan dirnya menderita..hanya kerana dia merasakan 'i deserve this'.. ' ini lah balasan untuk diriku kerana kebodohan ku '.

suatu hari..Allah menurunkan hidayah kepada Chibi..Allah seolah-olah berkata kepada hati nya

' Chibi Ku sayang, bukan ini yang perlu kau lakukan..Igt lah Chibi sayang, hidup mu di dunia ni kerana AKU..Demi Kemuliaan Ku, kau harus bangkit sayang, jalani hidup terbaik kerana kau adalah umat yg terbaik jika kau beriman kepada KU '

Chibi tersentak !

Dia menagis semahu-mahu nya..menangis terharu..manusia sebodoh dan sombong seperti dia masih mahu dikutip ALLAH Yang Maha Mulia untuk diberikan kemuliaan...

Demi ALLAH..Chibi bangkit perlahan-lahan..Dia mula memberani kan diri menerokai ceruman itu andai kata ada jalan keluar..

kali ini, Chibi yakin dia tidak berjalan seorang..ALLAH sentiasa disisi membimbing nya..

berjalan dan terus berusaha sambil berzikir kepada ALLAH..

ALLAH Maha Kuasa..dia telah sediakan laluan untuk Chibi keluar daripada tempat yang menakutkan ini..

tp laluan ini amat sempit dan kecil, terasa mustahil boleh melaui nya..pasti akan sesak nafas..laluan ini juga penuh duri-duri tajam..entah berapa lama harus dia menderita didalam lubang ini.....

Chibi kini punya pilihan..Mahu terus didalam tempat luas yang gelap serta menyedihkan ini atau terpaksa melalui jalan yg teramat sempit dan berduri untuk kehidupan yang lebih baik...

Chibi memilih untuk berhadapan dengan kesusahan dan kesakitan demi kehidupan yang lebih baik

dengan nama ALLAH dia mula merangkak melalaui lubang itu..aduuuuiiiiiiiiiiiii..mmg sakit ! mmg tersentak ! mmg pedih ! mmg cukup menyesak kn dada ! dia kini berada dalam keadaan yang amat menyeksakan..tetapi dia nekad..walaupun teramat sakit, airmata tidak mengalir kali ini seperti dimasa lalu..dia yakin, berbaloi dia melalui kesakitan ini, kerana kebahagiaan menanti Chibi selepas berjaya mengharungi lubang ini.dia terus merangkak..duri-duri terus mencucuk luka nya..kesakitan bertimpa-timpa..dia hanya berdoa dan berserah mohon kekuatan dr ALLAH..ALLAH Maha Berkuasa..kesakitan dengan sekelip mata DIA boleh ubah kepada kedamaian dan kekuatan..teruskan Chibi..teruskan..sikit sahaja lagi...

Chibi semakin kuat dengan kasih sayang ALLAH..makin laju..makin laju..makin laju...dia mula melihat cahaya..hatinya semakin kuat..mula berbunga..semangat kerana ALLAH menyelubungi jiwa nya..hanya ALLAH yg difikirkan kini..

dan akhirnya !

CHIBI BERJAYA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

dia melihat cahaya..dia keluar daripada lubang dan .........................................................................

alangkah terkejut nya Chibi melihat berjuta-juta binatang seperti burung2,arbab,kucing hutan,gajah,dan sebagainya seolah-olah memberikan standing ovation kepada nya...

rupanya ALLAH telah memberitahu kepada semua binatang2 bahawa ada seorang hamba yg dikasihi sedang berjuang mencari keredhaan dan kasih sayang nya dengan melalui jalan yg cukup perit..

itu yg dapat dilihat..yg tidak dapat dilihat adalah berbillion malaikat yang menunggu Chibi dihujung lubang untuk memberikan tepukan gemuruh kepada nya..semua berkata ' Subhanallah ! WELL DONE CHIBI ! '........

dan yang paling menakjubkan jangka masa melalui lubang itu hanya sejam..bukan sehari seperti sangkaannya....

tak pernah terselintas sekali pun oleh Chibi kebahagiaan behini hebat menanti nya..dia menyangka kebahagiaan yang biasa-biasa menati dihujung lubang..rupanya kebahagiaan tak terhingga yang ALLAH sediakan..Subhanallah ! Subhanallah ! Subhanallah !

penyeksaan sejam dibalas dengan kebahagiaan yang tak terhingga !

Chibi menangis kegembiraan, kesyukuran..berbaloi sejam yg penuh penderitaan yg dilalui nya,,,

kini dia dituntun untuk mandi sungai yg cukup indah didalam hutan..dia membersihkan diri..binatang-binatang ada yg merawat luka-luka nya..dia makan buah yang cukup segar, manis,dan amat enak rasanya...meminum air yang sangat sedap..menghirup udara yang sungguh damai...melihat cahaya suria dan pelangi yang ceria...tak pernah dia jangka dia akan menikmati saat seindah ini...

kini dia sedar dia perlu terus hidup sebagai khalifah ALLAH yg baik..


dia dipimpin keluar dari hutan..dia harus kembali kedunia asal..memulakan kehidupan baru dengan lebih baik..kerana dia adalah umat terbaik yg ALLAH telah ciptakan..ALLAH sentiasa disisi membimbingnya....terima kasih kerana mengutip ku Ya ALLAH !